awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri bantuan kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama - Yahya

Bernama
Bernama
04/06/2017
23:27 MYT
Kerajaan beri bantuan kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama - Yahya
Kerajaan sentiasa memberi bantuan dan sumbangan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin. - Gambar hiasan
Kerajaan sentiasa memberi bantuan dan sumbangan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, budaya dan agama, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.
Beliau berkata semua pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sentiasa menyokong apa sahaja perayaan yang akan di adakan di negara ini, termasuk di Sabah.
"Apa sahaja perayaan yang diadakan, Najib atau Musa akan hadir tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Selain itu mereka akan menyokong dengan memberi bantuan atau sumbangan untuk menjayakan majlis berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa, di Masjid Nur Al Jannah, Petagas dekat sini, pada Ahad.
Pada majlis itu seramai 520 anak yatim, warga tua dan asnaf daripada Pusat Daerah Mengundi Tengah Padang, Petagas menerima sumbangan Ramadan berupa wang tunai serta pakaian daripada kerajaan negeri Sabah.
Mengulas mengenai majlis itu, Yahya berkata ia akan diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan.
"Namun pada kali ini kami adakan majlis ini dengan sedikit kelainan. Pada tahun lepas kami buat majlis ini secara serentak untuk seluruh Parlimen Putatan. Tetapi pada kali ini kami adakan secara berperingkat mengikut pusat daerah mengundi," katanya.
Beliau berkata majlis itu dapat diadakan setiap tahun disebabkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat yang memerlukan bantuan.
"Selain itu kami dapat adakan majlis ini setiap tahun kerana keadaan negara kita yang sentiasa harmoni di bawah kerajaan BN," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#rakyat
#Yahya Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan