awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri perhatian tingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam - Anthony

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2023
15:12 MYT
Kerajaan beri perhatian tingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam  - Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia termasuk memberi perhatian kepada pembinaan infrastruktur rangkaian rel selain penyediaan kemudahan bas awam.
SHAH ALAM: Kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada meningkatkan kesalinghubungan (connectivity) pengangkutan awam di ibu negara.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia termasuk memberi perhatian kepada pembinaan infrastruktur rangkaian rel selain penyediaan kemudahan bas awam.
Namun menurutnya, selain meningkatkan kesalinghubungan, kementeriannya juga berperanan untuk mengubah gaya hidup rakyat untuk menjadi pengangkutan awam sebagai pilihan.
"Kita cuba untuk menjadikan pengangkutan awam satu pilihan ulang-alik tetapi kita faham pelbagai cabaran dan halangan dari segi kesalinghubungan yang belum baik.
"Mungkin juga sesetengah orang yang menggunakan pengangkutan awam ini merasakan ia mengambil masa, melecehkan ataupun tidak selesa hingga memaksa mereka menggunakan kereta sendiri.
"Jadi proses ini sudah tentunya memerlukan banyak perancangan dan usaha untuk kira mengubah gaya hidup rakyat ini termasuk menambah baik prasarana awam sedia ada," katanya pada program Townhall Rakyat bersama Menteri Pengangkutan anjuran Sinar Harian di Shah Alam pada malam Isnin.
Ditanya tindakan beliau yang sering membuat pemantauan mengejut di prasarana pengangkutan awam, loke berkata, perkara itu bukan untuk mencari kesalahan sebaliknya memahami nadi rakyat yang setiap hari menggunakan perkhidmatan itu.
Beliau juga membawa elemen kemanusiaan ketika menjawat jawatan itu agar tiada sempadan antara rakyat dan seorang menteri.
"Mesej yang saya nak sampaikan bahawa pertama masalah yang dihadapi oleh orang ramai diberikan perhatian oleh menteri, satu lagi mesej yang saya nak sampaikan ialah jawatan menteri ada faktor humanising (kemanusiaan).
"Apa yang cuba saya bawa satu pendekatan ialah ia dekat dengan rakyat dan memahami nadi rakyat dan faktor kemanusiaan," katanya.
Topic Berkaitan
#pengangkutan awam
#Anthony Loke
#connectivity
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan