NATIONAL
Kerajaan berpuas hati kemajuan pembinaan lima kapal LCS - Khaled Nordin

Mohamed Khaled (tiga, kiri) ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), bagi melihat kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) satu dan dua di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. -Bernama
LUMUT: Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan pembinaan lima kapal tempur pesisir (LCS) walaupun terdapat sedikit kelewatan berbanding jadual asal, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ringkasan AI
- Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan pembinaan lima kapal tempur pesisir (LCS) walaupun terdapat sedikit kelewatan.
- Kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, dengan kapal kedua diluncurkan pada Mei 2025.
- Kementerian menyerahkan sumbangan RM312,000 kepada keluarga mangsa tragedi helikopter TLDM dan memperuntukkan RM70.44 juta untuk penyelenggaraan rumah TLDM.
"Kehadiran ini juga bertujuan memastikan masyarakat mendapat maklumat secara langsung daripada kementerian dan saya sendiri, bukannya daripada sumber luar yang membuat tuduhan atau andaian yang tidak berasas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja ke Limbungan LUNAS di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata dalam lawatan itu, pihaknya telah mendengar taklimat dan berpuas hati dengan kemajuan kerja yang sedang dilaksanakan.
"Seperti yang dinyatakan, kapal LCS pertama dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026. Selain itu, kita juga dapat melihat bahawa kapal LCS kedua, ketiga, keempat dan kelima sedang dalam pembinaan mengikut jadual masing-masing.
"LCS kedua pula dijangka diluncurkan ke air pada Mei ini dan diserahkan kepada TLDM pada April 2027, manakala LCS ketiga dijangka diluncurkan pada Januari 2026," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled memaklumkan bahawa kementerian telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM312,000 kepada keluarga waris mangsa tragedi helikopter TLDM tahun lalu, hasil kutipan Tabung Kebajikan.
Selain itu, beliau berkata peruntukan sebanyak RM70.44 juta turut disalurkan bagi penyelenggaraan rumah-rumah TLDM, dengan RM28.71 juta daripadanya diperuntukkan untuk Kem Lumut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami