KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.
Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
"Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undangundang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau juga mengesahkan bahawa jemaah menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan
dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara Mahkamah.
Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.
"Tindakan ini adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip ‘proportionality’ dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.
"Kerajaan juga akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur pra penghukuman (pre-sentencing procedure), penubuhan
Majlis Penghukuman (Sentencing Council), pembangunan Garis Panduan Penghukuman (Sentencing Guideline), penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang (Law Commission), pembaharuan institusi kepenjaraan (Prison Reform) dan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice," jelasnya lagi.
Ujar beliau, keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan
negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik.
"Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian ini yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif," katanya.
Astro Awani
Fri Jun 10 2022
Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.
924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal
Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.
SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori
Keputusan berkenaan sejajar usaha advokasi Suruhanjaya dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasan asasi semua rakyat.
Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew
Hukuman mati yang dianggap mampu menjadi mekanisme mencegah jenayah-jenayah berat, jelas tidak berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina
Rang Undang-Undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023
Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas.