Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan para ulama dan cendekiawan Islam termasuk pentadbir agama Islam dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas mengenai hal ehwal Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Saya bagi jaminan kepada rakyat bahawa pentadbiran Islam betul-betul diberikan satu input yang baik melalui satu badan yang bebas supaya tidak dilihat mempunyai kepentingan politik.
"Raja-Raja Melayu dan pihak istana akan menyokong usaha baik ini kerana mereka merupakan pelindung kepada agama Islam bahkan Majlis Raja-Raja mahu melihat pentadbiran Islam lebih baik dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH)," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Parlimen Parit dan ADUN Titi Serong di Dataran Kerian Permai di sini, pada Sabtu.
Mujahid yang juga wakil rakyat Parlimen Parit Buntar turut memberi jaminan Jakim tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik.
BACA: Siapa kata kajian semula Jakim untuk mansuhkannya? - Pengarah IPDM
Sementara itu, Mujahid meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan viral kononnya kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota haji kerana kerajaan Malaysia mahu menarik balik tentera Malaysia yang beroperasi di bawah gabungan yang diterajui Arab Saudi dalam peperangan di Yaman.
"Hubungan kita dengan Arab Saudi amat baik kerana mereka sentiasa menjadikan Malaysia keutamaan berbanding negara lain," katanya.
BACA: Tiada pengurangan kuota jemaah haji Malaysia
Mengulas perkembangan lain, Mujahid menafikan sekeras-kerasnya pihaknya cuba mengiktiraf kewujudan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara ini apabila dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan itu.
"Sebagai rakyat Malaysia, dari sudut hak asasi manusia, hak mereka tidak disakiti dan mendapat keadilan sudah tentu akan dijamin berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Malaysia iaitu setiap warganegara wajib mendapat keadilan tanpa menerima sebarang diskriminasi," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
MUJAHID: Jakim tidak akan dibubar sebaliknya akan ditambah baik.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun tidak cukup.
Dr Zulkifli dilantik anggota Majlis Hukama' al-Muslimin
Pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama berterusan dengan ahli Majlis Hukama' Al-Muslimin lain dapat memperkukuh keamanan sejagat masyarakat antarabangsa.
Arab Saudi tangkap Sheikh Al-Hawali - laporan
Tangkapan Sheikh Al-Hawali dilaporkan dibuat beberapa hari selepas beliau menerbitkan buku berjudul Muslim dan Peradaban Barat yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi dan Putera Mahkota Abu Dhabi.
Kerajaan bertemu ulama, cendekiawan untuk mantapkan Islam
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara yang akan dibincangkan ialah berkaitan institusi pentadbiran Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).