Kerajaan bersetuju membuka semula permohonan baharu bagi stesen minyak di luar bandar setelah ia dibekukan sejak 2007, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata langkah itu akan memberi peluang kepada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang peruncitan petroleum di luar bandar.
Katanya keperluan membangunkan stesen minyak di kawasan tertentu di luar bandar adalah selaras dengan keperluan semasa negara.
"Kementerian mahu memastikan masyarakat pengguna di luar bandar tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan petrol dan diesel bersubsidi dalam urusan harian mereka," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama pengusaha stesen minyak luar bandar Buraqoil di sini, Jumaat malam.
Justeru itu, Hasan menyarankan mereka yang mahu menjadi usahawan jujur dan beretika supaya merebut peluang itu.
"Kita tidak mahu melihat pengusaha sedia ada atau baharu terlibat dalam aktiviti melanggar akta dan peraturan dengan menjual barang kawalan bersubsidi...kita tidak mahu melihat kehilangan wang subsidi negara kepada pihak tidak sepatutnya akibat penyelewengan," katanya.
Menurutnya perniagaan stesen minyak sentiasa diberi perhatian kerana ia aktiviti perniagaan yang melibatkan barangan keperluan hampir setiap lapisan rakyat.
"Tanpa petrol dan diesel, sukar bagi rakyat untuk menjalankan tugas harian," katanya.
Pada masa ini, terdapat 190 stesen minyak mini luar bandar di bawah jenama Buraqoil yang diselia oleh Syarikat Ikatan Pengedar Terus Bumiputra (IPTB) Sdn Bhd.
Pada majlis itu, Hasan turut melancarkan buku '3 Tahun bersama Buroqoil 2011-2013', yang memaparkan transformasi stesen minyak mini luar bandar di bawah jenama Buraqoil.
Bernama
Sat Jan 25 2014
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Kerajaan buka semula permohonan baharu stesen minyak luar bandar
Langkah itu akan memberi peluang kepada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang peruncitan petroleum di luar bandar.