awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cadang laksana 'harga dua peringkat', kawal harga minyak masak

Bernama
Bernama
05/04/2023
07:01 MYT
Kerajaan cadang laksana 'harga dua peringkat', kawal harga minyak masak
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan mekanisme 'two-tier pricing' (harga dua peringkat) untuk mengawal harga minyak masak di pasaran bagi kegunaan domestik. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan mekanisme 'two-tier pricing' (harga dua peringkat) untuk mengawal harga minyak masak di pasaran bagi kegunaan domestik.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata kementerian ketika ini dalam proses rundingan dengan mengadakan libat urus bersama pemain industri berkenaan sebelum cadangan itu dibawa ke peringkat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).
"Kegunaan (minyak masak) domestik ini hanya enam peratus sahaja dari pengeluaran minyak masak kita, selebihnya dieksport.
"Oleh itu, kita sudah pun membawa satu kertas yang belum diluluskan lagi untuk mengadakan 'two-tier pricing'.
"Maksudnya untuk harga domestik lain dan harga eksport lain.
"Kita tidak boleh guna harga eksport untuk kita jual harga domestik," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang mencadangkan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembekal minyak masak berkaitan harga barangan komoditi itu yang kini ditentukan berdasarkan harga pasaran eksport.
Sementara itu, mengulas mengenai inisiatif Jualan Rahmah setakat 30 Mac, katanya inisiatif berkenaan telah merekodkan jualan kasar sebanyak RM54 juta membabitkan 3,223 lokasi di 118 Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#harga dua peringkat
#harga minyak masak
#Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan