KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM91.4 bilion pada tahun 2023, lebih rendah berbanding 5.6 peratus atau RM99.5 bilion yang dicatat pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini, paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
"Dalam hal ini, kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara berperingkat bagi memastikan kemampanan kewangan jangka masa sederhana dan panjang," kata MoF yang menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang ingin tahu perincian mengenai kedudukan terkini hutang kerajaan, pinjaman baharu serta kadar defisit fiskal sehingga kini.
Sementara itu, jumlah keseluruhan hutang kerajaan sehingga akhir Disember 2023, adalah sebanyak RM1.17 trilion atau 64.3 peratus daripada KDNK.
Pertumbuhan hutang pada tahun 2023 ialah sebanyak 8.6 peratus lebih rendah berbanding tahun 2022 yang telah mencatatkan 10.2 peratus.
Komposisi hutang kerajaan terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1.14 trilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan.
"Kedudukan pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan pada akhir-Disember 2023 pula adalah sebanyak RM1.53 trilion atau 84 peratus daripada KDNK. Jumlah ini meliputi hutang kerajaan berjumlah RM1.17 trilion, komitmen jaminan berjumlah RM226.1 bilion dan liabiliti lain berjumlah RM133.7 bilion," menurut MoF.
Dari segi had statutori pula, instrumen hutang yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatatkan 62.1 peratus daripada KDNK, masih di bawah had statutori yang ditetapkan iaitu 65 peratus.
Manakala pinjaman luar pesisir pula berjumlah RM29.9 bilion dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) berjumlah RM5.5 bilion, kedua-duanya juga di bawah had statutori yang ditetapkan iaitu masing-masing RM35 bilion dan RM10 bilion.
"Kerajaan kekal komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran yang telah ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) iaitu paras keseluruhan hutang di bawah 60 peratus daripada KDNK yang perlu dicapai dalam jangka masa sederhana," menurut MoF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Kerajaan komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran yang telah ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850). - Gambar fail
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Malaysia dan Kyrgyz komited pertingkat kerjasama
Malaysia dan Republik Kyrgyz hari ini mengesahkan komitmen mereka bagi meningkatkan kerjasama dua hala untuk manfaat bersama kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.
Usaha kurangkan defisit fiskal perlu diteruskan - PM Anwar
Pertumbuhan hutang pada 2023 ialah 8.6 peratus lebih rendah berbanding 2022 yang mencatatkan 10.2 peratus.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi
Malaysia catat pertumbuhan KDNK tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 - RAM Ratings
Momentum ekonomi Malaysia dijangka bertambah baik sehingga tahun depan, dengan KDNK dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 4.0 peratus pada tahun ini.
Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.
Fokus turunkan defisit fiskal untuk tingkat keyakinan pelabur - Anwar
Fokus kerajaan untuk menurunkan defisit fiskal dalam Belanjawan 2024 adalah untuk meningkatkan keyakinan pelabur serta memacu pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.
Malaysia dijangka capai defisit fiskal lebih rendah pada 2023 - CGS-CIMB
Katanya, kutipan hasil kerajaan sehingga Jun agak baik daripada trend sebelum ini walaupun data perbelanjaan setakat ini kekal sejajar.
Masa tepat laksanakan pembaharuan subsidi, perlukan strategi tangani halangan - Pakar ekonomi
Subsidi kerajaan dianggar cecah rekod RM80 bilion pada 2022, dengan subsidi bahan api dan minyak masak menyumbang separuh daripadanya.
Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings
Agensi penarafan kredit itu berkata adalah satu kelegaan yang konsolidasi fiskal kekal sebagai keutamaan tinggi bagi kerajaan sekarang.