awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa tambah peruntukan untuk bantu mangsa banjir

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/12/2022
22:15 MYT
Kerajaan digesa tambah peruntukan untuk bantu mangsa banjir
Menurut Hanafiah, kuasa untuk menentukan jumlah tersebut berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). - Astro AWANI
KEMAMAN: Kerajaan pusat disaran untuk menambah peruntukan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.
Timbalan Pengerusi Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia seiring dengan beban yang ditanggung serta peningkatan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.
Menurut Hanafiah, kuasa untuk menentukan jumlah tersebut berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Saya harap kepada kerajaan baharu yang menerajui negara kita, sekali lagi prihatin paling kurang pun meneruskan legasi kerajaan yang lama. Tetapi yang lebih baik ialah menambah baik lagi.
"Kalau dulu setiap mangsa banjir dapat RM1,000 seorang. Saya rasa atau saya cadangkan kerajaan baharu yang lebih berwibawa, semangat baharu, mungkin kita boleh naikkan kepada RM2,000 seorang kepada mangsa banjir," katanya.
LAMAN KHAS BANJIR
Hanafiah berkata, mangsa yang layak menerima bantuan terbabit perlu selaraskan oleh agensi yang dilantik bagi memastikan tiada berlaku ketirisan dan penyelewengan.
Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Kemaman dan Dungun terjejas akibat banjir membabitkan lebih 600 mangsa berikutan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#bantuan banjir
#mangsa
#Hanafiah Mat
#PantauKerajaanBaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan