Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan harapan agar kerajaan terus memperbanyak dan melaksanakan program kesejahteraan rakyat pada masa hadapan bagi manfaat rakyat.
Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda sangat menyanjung tinggi pelbagai usaha keras dan langkah berani yang telah dan bakal diambil oleh kerajaan untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata.
"Beta telah mengikuti ucapan memanda Perdana Menteri sebentar tadi dan beta menghargai tindakan bistari kerajaan beta dalam memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan juga Pelan Jana Semula Ekonomi Negara.
"Beta percaya, rakyat jelata akan mendapat manfaat daripada pakej berkenaan," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Melawati di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong turut amat bersetuju dengan pendekatan holistik yang diambil oleh kerajaan bagi menggiatkan semula sektor ekonomi dan perindustrian negara, di samping mewujudkan ekosistem yang lebih mesra perniagaan dan lebih banyak peluang pekerjaan.
Titah Seri Paduka lagi, semua inisiatif dan pendekatan itu jelas membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri telah menyahut seruan baginda untuk sentiasa menjiwai keluh kesah dan membela nasib rakyat jelata.
Melihat urus niaga dalam talian semakin mendapat tempat di hati rakyat jelata dan sangat bersesuaian dengan norma baharu, Seri Paduka bertitah ia wajar ditingkatkan selaras dengan matlamat negara untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan membentuk masyarakat tanpa tunai bagi merancakkan ekonomi digital.
Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah turut menggesa agar perkhidmatan awam bersedia melalui pembaharuan dan penambahbaikan agar ia lebih responsif dalam memudahkan urusan rakyat jelata.
"Kerajaan beta juga hendaklah terus memberi penekanan terhadap nilai integriti dan tadbir urus yang baik. Rasuah dan salah guna kuasa hendaklah terus diperangi tanpa mengira sesiapa," titah Yang di-Pertuan Agong.
Melangkah ke hadapan, Seri Paduka mahu rakyat jelata agar terus bersatu padu dalam memerangi pandemik COVID-19 dan Al-Sultan Abdullah juga melahirkan rasa bangga melihat solidariti rakyat berbilang kaum menerusi pelbagai kerja sukarelawan yang dipamerkan sepanjang negara berhadapan dengan pandemik itu.
"Semua sifat terpuji ini sangat bertepatan dengan tema 'Malaysia Prihatin', bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Beta berkeyakinan yang kejayaan akan dapat kita capai menerusi sifat prihatin sesama kita sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan didukung pula dengan semangat patriotisme yang tinggi," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah, masa depan yang bakal ditempuhi bukanlah masa untuk mengadu domba perkara remeh, mahupun mencetus sengketa dalam pentas pertarungan yang hanya mengundang musibah kepada rakyat jelata.
"Sebaliknya, kita hendaklah maju melangkah ke hadapan atas landasan solidariti yang kukuh antara kerajaan beta dengan rakyat jelata, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.
"Sahutlah seruan beta untuk kita terus kekal sehati sejiwa dan penuh muafakat dengan semangat patriotisme yang tinggi, agar negara yang kita sayangi ini kembali menempa kemajuan dan terus stabil mencapai matlamat yang diimpikan," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga mengajak rakyat jelata untuk bersama-sama mengorak langkah maju ke hadapan, memandangkan pada pengamatan Seri Paduka, segala dugaan itu akan dapat dihadapi menerusi pembentukan simbiosis yang erat antara kerajaan dengan rakyat.
Seri Paduka juga sedar bahawa pandemik COVID-19 masih belum selesai dan ia telah mengundang keadaan sukar yang membawa kedukaan kepada rakyat jelata, dan negara sendiri telah melalui pelbagai cabaran getir ekoran daripada pandemik itu.
"Beta berharap agar rakyat jelata akan terus bertabah untuk melewati saat-saat sukar yang belum pernah kita alami sebelum ini. Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga Allah menjauhi negara daripada wabak penyakit yang melanda ini dan seterusnya melimpahi Malaysia yang tercinta dengan keberkatan serta keamanan dan perpaduan yang berkekalan," titah Yang di-Pertuan Agong.
Bernama
Mon Aug 17 2020
Al-Sultan Abdullah turut menggesa agar perkhidmatan awam bersedia melalui pembaharuan dan penambahbaikan. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.