awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dijangka umum perkara menarik mengenai PTPTN dalam Bajet 2018

Bernama
Bernama
21/10/2017
11:13 MYT
Kerajaan dijangka umum perkara menarik mengenai PTPTN dalam Bajet 2018
Kerajaan sudah mengambil maklum tentang harapan dan cadangan yang diajukan oleh PTPTN untuk dibentangkan dalam bajet berkenaan. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan sesuatu yang menarik berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan sudah mengambil maklum tentang harapan dan cadangan yang diajukan oleh PTPTN untuk dibentangkan dalam bajet berkenaan.
"Kita sudah maklum soal itu dan telah bincangkannya... sama-sama kita nantikan nanti apakah berita baik yang boleh diberikan kepada PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 480 murid tahun satu pada Mini Karnival PTPTN bersama masyarakat Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.
Setiap murid daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah kumpulan B40 menerima sumbangan RM50 dan RM50 tambahan akan diberikan oleh kerajaan melalui PTPTN sebagai insentif khas Geran Sepadan yang telah diumumkan dalam Bajet 2017.
Johari berkata kerajaan juga akan memastikan pelepasan taksiran cukai diteruskan bagi ibu bapa yang membuat penabungan pendidikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN-i atau SSPN-i Plus.
Katanya setakat ini, ibu bapa yang membuat penabungan SSPN akan diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun.
Menurut Johari sehingga kini, kadar dividen yang diberikan pernah mencecah 4.25 peratus iaitu lebih tinggi daripada yang ditawarkan bank komersial.
Sehingga 30 Sept lepas, kira-kira 3.1 juta akaun dibuka di bawah SSPN dengan jumlah deposit RM2.94 bilion, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#JOHARI ABDUL GHANI
#Najib Razak
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan