awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dilihat belum serius selesaikan isu petani - PeSAWAH

Faida Rahim
Faida Rahim
05/08/2023
21:30 MYT
Kerajaan dilihat belum serius selesaikan isu petani - PeSAWAH
Kita tengok daripada sudut bajet yang dikeluarkan setiap tahun, memang kita tengok jumlah yang sangat besar. Kita tengok berbilion Ringgit. Tetapi adakah sampai ke sasaran kami sebagai petani. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Isu dihadapi golongan petani di negara ini dilihat masih belum diselesaikan secara serius oleh kerajaan.
EXCO Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob memaklumkan ini termasuk kegagalan kunci air berfungsi, infrastruktur tidak diselenggara, bekalan benih dan baja yang terus mahal dan hasil pendapatan yang tidak berbaloi.
"Kita tengok daripada sudut bajet yang dikeluarkan setiap tahun, memang kita tengok jumlah yang sangat besar. Kita tengok berbilion ringgit. Tetapi adakah sampai ke sasaran kami sebagai petani.
"Mungkin juga jumlah yang besar itu dimomokkan atau diretorikkan sebagai satu jumlah yang besar tetapi kena tahu agihan bajet tersebut mungkin kepada pengurusan, agensi. Mungkin 20 peratus sahaja sampai ke petani," katanya dalam program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.
Oleh demikian, Rashid mencadangkan subsidi input pertanian diberikan terus kepada petani termasuk pemberian insentif benih padi.
Dalam masa sama, Rashid berharap kerajaan terus mempertimbangkan kuota pengeluar benih dihapuskan dan pasaran dibuka untuk mengalakkan persaingan.
"Kita cadangkan bantuan terus kepada petani. Sekarang untuk insentif benih pada sekarang Kerajaan keluarkan RM72 juta bajet berkenaan kepada vendor-vendor. Sekarang kita cadangkan jumlah berkenaan kita salurkan terus kepada petani.
"Jadi petani akan memilih sendiri mana syarikat yang memberi kualiti benih yang baik kepada petani. Di situlah berlaku persaingan yang sihat di antara pengeluar ini," katanya.
Topic Berkaitan
#subsidi
#pesawah
#Abdul Rashid Yob
#masalah petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan