awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan fokus usaha pertingkat jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam - PM

Bernama
Bernama
10/06/2024
13:30 MYT
Kerajaan fokus usaha pertingkat jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam - PM
Mesyuarat antara lain meneliti kertas Pemerkasaan Industri Kereta Api dengan perbincangan terarah kepada kepentingan pelaksanaan segera rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Sebagaimana matlamat rasionalisasi subsidi, kerajaan kini giat memfokus kepada usaha meningkatkan jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Kerajaan fokus meningkatkan jaringan, infrastruktur, dan mutu pengangkutan awam, termasuk rasionalisasi industri kereta api.
  • Langkah memastikan perkhidmatan KTM Komuter, tren laju antara bandar, dan Ekspres Timuran memenuhi keperluan semasa dan masa depan dibincangkan.
  • Penyasaran subsidi diesel dan permohonan bantuan tunai BUDI MADANI meningkat, dengan pembayaran pertama RM200 kepada individu layak bermula hari ini.

Beliau berkata perkara itu dibincang pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 4 Tahun 2024 hari ini yang antara lain meneliti kertas Pemerkasaan Industri Kereta Api dengan perbincangan terarah kepada kepentingan pelaksanaan segera rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991 (Akta 463).
"Mesyuarat turut memperincikan langkah-langkah dalam memastikan perkhidmatan KTM Komuter, tren laju antara bandar dan Ekspres Timuran oleh KTM Berhad dapat memenuhi keperluan kekerapan dan jumlah penumpang semasa serta jangkaan masa hadapan," katanya dalam hantaran di laman Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menekankan kepentingan isu-isu dasar dan pelaksanaan bagi setiap keputusan diselesaikan segera.
Beliau berkata ia bagi memastikan objektif serta kesan ekonomi dan sosial yang dihasratkan kerajaan dapat dirasai oleh rakyat mengikut jadual termasuk kesalinghubungan di bawah kerangka Malaysia MADANI dan Ekonomi MADANI.
Turut dibincang perkembangan semasa susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang bermula hari ini dan mesyuarat dimaklumkan mengenai peningkatan mendadak jumlah permohonan bantuan tunai BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi yang dilaksanakan melaluIi https://budimadani.gov.my.
Perdana Menteri berkata kumpulan pertama individu yang layak akan menerima RM200 yang dideposit ke akaun bank mereka mulai hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan pengangkutan awam
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan