KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan tahun ini di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia, yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.
Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran turut akan dianjurkan dalam merancakkan kembali sektor pekerjaan yang terjejas dek pandemik.
Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai, berdasarkan pencapaian cemerlang tahun lepas yang berjaya melepasi angka 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan dengan marjin yang agak besar.
“JaminKerja ini terdiri daripada tiga komponen, iaitu insentif pengajian dan satu lagi MyStep serta program latihan dan peningkatan kemahiran atau ‘rescaling’ dan ‘upscaling’.
“Bagi insentif pengajian kerja ini permohonan insentif telah dibuka sebenarnya dari 17 Januari yang lepas, boleh dibuat melalui laman web Perkeso.
“Program MyStep adalah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja untuk menyertai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga kerajaan.
“Kerajaan juga sasarkan 220,000 pelatih menjalani ‘rescaling’ dan ‘upscaling’ dan semua yang dilatih akan dapat pekerjaan kerana kita memberi jaminan itu,” katanya.
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diperuntukkan dana RM4.8 bilion itu akan dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini.
Pada majlis pelancaran itu nanti, kata Tengku Zafrul, akan ada lebih kurang 50 majikan dengan 2,500 peluang pekerjaan dibuka dengan sesi temuduga serta kaunseling kerja dan pelbagai aktiviti lagi akan diadakan.
Tonton sesi penuh temu bual dengan Menteri Kewangan dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Luqman Hariz, di sini:
Israr Khalid
Wed Feb 16 2022
RM4.8 bilion dana diperuntukkan untuk inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia. - Foto BERNAMA
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Kerajaan terus komited turunkan kadar pengangguran negara
Penurunan kadar pengangguran turut dipengaruhi dasar-dasar lain yang menjana pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh selama tiga suku ekonomi.
Karnival JaminKerja: Buka peluang pencari kerja dekati majikan
Menerusi inisiatif JaminKerja, kerajaan menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion.
JaminKerja: Majikan diseru ambil kira perubahan sosial - Perdana Menteri
Langkah tersebut bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan pekerjaan dengan kelayakan pencari kerja.
KSM mahu isu pengangguran ditangani dengan lebih berstruktur
Seramai 300,000 individu disasarkan mendapat pekerjaan menerusi insentif Penggajian JaminKerja.
Kerajaan jamin akan ada 600,000 peluang pekerjaan tahun ini - Tengku Zafrul
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia turut diperkasakan dengan program-program latihan dan peningkatan kemahiran.
Kerajaan tumpu cipta peluang pekerjaan, bantu usahawan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan dan kerajaan sentiasa responsif dalam memastikan seluruh Keluarga Malaysia dan komuniti perniagaan disokong sebaik mungkin.
Inisiatif JaminKerja 2022 tawar 600,000 peluang pekerjaan - Tengku Zafrul
Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang berlandaskan konsep 'jobs guarantee' bakal menawarkan 600,000 peluang pekerjaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Perkeso komited laksana mandat Bajet 2022
Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, Perkeso menyambut baik pelan yang telah digariskan oleh Kerajaan Malaysia terhadap usaha pengukuhan ekonomi negara.
Wujud peluang pekerjaan teras dalam Bajet 2022 - Tengku Zafrul
Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang menyasarkan penciptaan 600,000 peluang pekerjaan.