KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata hal ini memandangkan ketika ini, rata-rata peniaga menjual ayam jauh lebih rendah daripada harga siling ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram, selain jaminan pembekal bahawa bekalan sumber protein itu mencukupi buat masa ini dan masa hadapan.
"Oleh itu, kalau berlaku pengapungan kita berkeyakinan harganya tidak akan naik mendadak, ia akan stabil, kalau naik mendadak kita akan tanya kenapa, sebab bekalan cukup.
"Yang selalu naik mendadak bila bekalan tidak cukup, sekarang pihak pembekal jamin bahawa bekalan cukup dan kalau tak cukup kita siap sedia bawa dari luar dengan segera," katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi.
Ditanya rasional subsidi dan kawalan harga telur masih diteruskan, Mohamad berkata jika subsidi berkenaan ditamatkan, harga telur dijangka naik lebih kurang 10 sen sebiji.
"Tapi penternak jamin mereka juga akan mencukupkan telur pada masa akan datang dan kerajaan akan buat pengumuman dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata kerajaan boleh melaksanakan langkah intervensi di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan ayam dijual pada harga tidak membebankan rakyat.
"KPDN akan menguatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan sekiranya ada perlakuan melanggar di bawah akta berkenaan tindakan akan diambil," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya harga sudah tidak terkawal dan terlalu membebankan, kerajaan boleh melaksanakan kawalan harga semula sama ada secara bersubsidi atau tidak bersubsidi.
"Itu mungkin langkah akhir, apa-apa pun kita akan pantau terlebih dahulu mulai 1 Nov, tapi kita yakin bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak.
"Mungkin ada tempat tertentu terutama di pasar raya pengguna boleh mendapatkan harga yang mungkin lebih rendah daripada harga kawalan sebelum ini," katanya.
Sebagai langkah intervensi, beliau berkata KPDN juga merancang melaksanakan lebih 3,600 pusingan Jualan Rahmah di seluruh negara bagi tempoh November hingga Disember ini bagi menjual barangan keperluan rakyat pada kadar lebih rendah iaitu 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Orang ramai diminta agar tidak membuat pembelian panik dalam tempoh beberapa hari ini memandangkan bekalan ayam dijamin mencukupi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.