awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Malaysia perkukuh kedudukan selaku peneraju industri halal serantau di AHEX 2025
DUNIA
AS jangka perjanjian perdagangan dimuktamad menjelang Hari Buruh pada September - Bessent
DUNIA
PM Thailand arah tahap berjaga-jaga dipertingkat susulan ancaman bom di wilayah selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerajaan Johor jamin tiada gangguan bekalan minyak masak peket - MB

Bernama
Bernama
27/06/2025
14:30 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan Johor jamin tiada gangguan bekalan minyak masak peket - MB
Onn Hafiz berucap pada Majlis Perasmian Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Selatan di PHCC hari ini. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memberi jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi di negeri ini sentiasa mencukupi di pasaran menerusi kerjasama erat dengan rangkaian pasar raya utama.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu bagi memastikan isu kekurangan bekalan tidak berulang sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
"Berdasarkan hasil semakan, didapati terdapat pasar raya besar mengalami kekurangan bekalan minyak masak peket hampir seminggu setiap bulan kerana hanya membuat pesanan baharu setelah stok sedia ada habis.
"Syarikat terbabit memaklumkan kekurangan berlaku disebabkan mereka menunggu kehabisan stok sepenuhnya sebelum membuat pesanan, dan situasi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jelajah KPDN 2025 Zon Selatan di Pusat Konvensyen Puteri Harbour di sini hari ini.
Onn Hafiz berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan secara langsung dengan beberapa pengurusan pasar raya utama di negeri ini agar membuat pesanan lebih awal bagi memastikan bekalan berterusan.
Beliau berkata kesemua pasar raya terlibat bersetuju untuk mengambil langkah proaktif itu bagi menjamin ketersediaan bekalan minyak masak peket secara konsisten.
"Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada niat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Fokus utama kita adalah untuk bekerjasama erat sebagai satu pasukan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Bangsa Johor.
"Kerajaan negeri turut komited untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan segala usaha penstabilan bekalan minyak masak peket dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menterinya Datuk Dr Fuziah Salleh serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#minyak masak peket
#kpdn
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami