awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor rangka pelan pengurusan banjir

Bernama
Bernama
08/01/2022
11:16 MYT
Kerajaan Johor rangka pelan pengurusan banjir
Kerajaan Johor sedang merangka pelan jangka panjang pengurusan banjir di negeri itu bagi mengurangkan risiko banjir teruk, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad. - Foto BERNAMA
MUAR: Kerajaan Johor sedang merangka pelan jangka panjang pengurusan banjir di negeri itu bagi mengurangkan risiko banjir teruk, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata beberapa kawasan berisiko kejadian banjir telah dikenal pasti antaranya di Pagoh, Sungai Panchor, Kampung Jawa dan Lenga, di sini.
"Kawasan ini selalu dinaiki air dan lokasi tumpuan banjir, jadi dengan pelan ini kita dapat pastikan sistem saliran bagi mengatasi banjir berada dalam keadaan baik dan sentiasa diselenggara," katanya kepada selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.
Merujuk kepada situasi banjir di Johor, beliau berkata beberapa PPS di Segamat dan Tangkak sudah mula ditutup hari ini susulan cuaca yang baik namun daerah Muar masih terjejas dengan banjir akibat limpahan air dari sebelah utara Johor.
Hasni seterusnya menasihatkan mangsa yang ditempatkan di PPS supaya tidak bimbang dengan keadaan rumah yang dinaiki air kerana kerajaan sudah merancang pelbagai inisiatif pasca banjir.
"Kita tidak akan biarkan mereka begitu sahaja, banyak pihak akan datang untuk menilai kerosakan, beri bantuan peralatan serta keperluan asas rumah apabila banjir selesai nanti. Bantuan pasca banjir ini kita akan laksanakan secara berperingkat seperti bantuan membaiki rumah, kenderaan terkesan banjir, bantuan persekolahan dan pelbagai lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#banjir
#pelan pengurusan banjir
#Menteri Besar
#Hasni Mohammad
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan