awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam

Bernama
Bernama
01/07/2016
14:27 MYT
Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam
KHALED: Sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa. -Gambar fail
Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat awam negeri ini jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini.
"Berhubung cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.
"Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari Jumaat, 8 Julai akan dibawa kepada Ahad, 10 Julai," kata beliau.
Cuti hujung minggu di Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak 2014 dan berikutan itu, cuti pada Jumaat depan (8 Julai) akan dibawa ke Ahad depan (10 Julai).
Kerajaan Persekutuan baru-baru ini bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada penjawat awam jika Aidifitri diisytiharkan pada 6 Julai.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bagaimanapun berkata, pelepasan itu tidak terpakai jika Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.
Topic Berkaitan
#10 Julai
#Kerajaan Johor
#Khaled Nordin
#pelepasan khas
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan