awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji cadangan pinda akta berkaitan judi dalam talian

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2021
06:50 MYT
Kerajaan kaji cadangan pinda akta berkaitan judi dalam talian
Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak 2019, sebanyak 7,370 kes membabitkan aktiviti perjudian dalam talian dituduh di mahkamah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda akta berkaitan perjudian dalam talian bagi memastikan ia relevan dengan perubahan modus operandi sindiket itu, yang menyasarkan remaja bawah umur.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak 2019, sebanyak 7,370 kes membabitkan aktiviti perjudian dalam talian dituduh di mahkamah.
"Kita sedang merancang untuk mengkaji sama ada perlu dibuat pindaan kepada akta perjudian termasuklah akta perjudian online ini untuk pertuduhan yang melibatkan judi online.
"Bagi pertuduhan perjudian secara dalam talian untuk seluruh negara, sebanyak 2,294 kes dituduh di mahkamah pada 2019, 2020 (2,911 kes) dan 2,165 kes pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Noorita Sual (PH-Tenom) yang mahu tahu adakah kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang-undang perjudian dengan memasukkan kesalahan promosi atau ajakan judi dalam talian kepada remaja menerusi telefon sebagai satu kesalahan jenayah.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah judi secara dalam talian terutama sekali melibatkan kanak-kanak atau remaja yang berada di bawah 18 tahun.
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#Kementerian Dalam Negeri
#remaja
#bawah 18 tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan