awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji cadangan seragam tarif elektrik bangunan sekolah, kerajaan

Bernama
Bernama
21/11/2018
22:15 MYT
Kerajaan kaji cadangan seragam tarif elektrik bangunan sekolah, kerajaan
Yeo berkata pada masa ini, kementeriannya sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah melaksanakan projek kecekapan tenaga bagi menurunkan kadar bil elektrik. - Gambar fail
Kerajaan akan mengkaji cadangan menyeragamkan kadar tarif elektrik bagi bangunan sekolah dan kerajaan, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Beliau berkata ketika ini, kadar elektrik ditentukan setiap tiga tahun dengan kadar di Semenanjung Malaysia menggunakan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR).
Katanya, kerangka IBR itu digunakan dengan mengambil kira dana yang telah dilabur dan perbelanjaan operasi bagi memenuhi permintaan elektrik di seluruh Semenanjung.
"Kalau tukar tarif elektrik sekarang akan ada pengguna lain yang dikenakan subsidi bersilang," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau menjawab celahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai terdapat sekolah yang mengadu dikenakan tarif yang sama dengan bangunan komersil.
Yeo berkata pada masa ini, kementeriannya sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah melaksanakan projek kecekapan tenaga bagi menurunkan kadar bil elektrik.
Menurutnya, Suruhanjaya Tenaga menerusi program Energy Efficiency Challenge (EEC) yang diadakan di peringkat sekolah, berjaya meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di 54 buah sekolah.
"Terdapat pengurangan 10 peratus (penggunaan tenaga elektrik) menerusi EEC ini dan ia berjaya jimat kira-kira RM390,000," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan sekolah
#IBR
#kerajaan
#sumber tenaga
#tarif elektrik
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan