awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji mekanisme baharu perkasa institusi wakaf

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/12/2018
04:06 MYT
Kerajaan kaji mekanisme baharu perkasa institusi wakaf
FUZIAH: Kerajaan akan memainkan peranan aktif untuk bekerjasama mengembangkan instrumen wakaf.
Kerajaan sedang mengkaji mekanisme baharu untuk memperkasa institusi wakaf di negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ia berikutan kementerian itu semasa kerajaan sebelum ini tidak terlalu memberi tumpuan kepada usaha melakukan penambahbaikan institusi wakaf.
“Kementerian sentiasa berunding dengan pihak berkuasa agama, negeri-negeri dengan memaksimumkan sumber wakaf yang berkesan supaya ia memanfaatkan rakyat.
“Untuk mmperkasakan institusi wakaf, kementerian sebelum ini tidak betul-betul beri tumpuan. JAWHAR nak tengok bagaimana nak cari jalan nak kembangkan institusi wakaf,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr. Hasan bin Bahrom yang mahu tahu usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk meneroka sumber-sumber baru wakaf.
Tambahnya, kerajaan akan memainkan peranan aktif untuk bekerjasama mengembangkan instrumen wakaf.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Parit Sulong yang mahu tahu apa langkah kerajaan wujudkan kesedaran rakyat, jelasnya, kerajaan sentiasa berunding dengan kerajaan negeri dalam aspek wakaf dan enakmen-enakmen yang berkaitan.
Kerajaan katanya perlu cari jalan untuk menyelesaikan isu berkenaan demi pembangunan umat Islam.
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#institusi wakaf
#kerajaan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan