Kementerian Kesihatan sedang mengkaji semula kadar caj yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan yang menawarkan rawatan kanser, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran.
Beliau berkata kajian itu akan mengambil kira beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah (B40), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
"Bayaran yang dikenakan di hospital kerajaan sangat minimum dan disubsidi sepenuhnya iaitu hampir percuma, berbanding hospital swasta yang mengenakan caj rawatan antara RM20,000 hingga ratusan ribu Ringgit bergantung kepada jenis rawatan dan tahap keseriusan penyakit.
"Ada pesakit yang dirujuk dari hospital swasta ke hospital kerajaan yang mana mereka mampu dan sanggup membayar tetapi hospital kerajaan tiada struktur yuran untuk rawatan ini," katanya kepada pemberita selepas Program Fun Walk 2017 anjuran Institut Kanser Negara (IKN), di sini hari ini.
Menurutnya yuran yang mungkin dikenakan kepada mereka yang berkemampuan adalah tidak membebankan dan berada dalam lingkungan 20 peratus daripada kos sebenar rawatan kanser.
Pada masa yang sama, Dr Jeyaindran berkata bagi pesakit yang tidak berkemampuan seperti golongan B40, OKU dan warga emas, mereka boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran.
Beliau berkata ketika ini terdapat enam hospital rujukan untuk rawatan kanser di seluruh negara iaitu IKN, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Likas di Kota Kinabalu.
Mengulas mengenai program Fun Walk sejauh lima kilometer itu, beliau berkata ia melibatkan 1,300 peserta termasuk bekas pesakit kanser, bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kanser dan pemeriksaan peringkat awal.
"Kita amat sedih kerana ramai yang datang mendapatkan rawatan apabila kanser sudah masuk tahap tiga atau empat kerana mereka malu untuk menjalankan pemeriksaan pada peringkat awal. Ini yang menyebabkan kos rawatan tinggi," katanya.
Menurutnya, ketika ini kanser payudara adalah yang paling tinggi ditemui dalam kalangan wanita, manakala kanser paru-paru paling banyak ditemui dalam kalangan lelaki akibat amalan merokok.
Dr Jeyaindran berkata kerajaan juga menjalankan pelbagai program bagi mengurangkan risiko kanser kepada rakyat antaranya program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun yang kini telah mencapai 98 peratus.
Ditanya mengenai rawatan tradisional dan kontemporari untuk pesakit kanser yang sering ditemui di media sosial, Dr Jeyaindran berkata mereka mestilah mempunyai bukti kukuh secara saintifik yang menunjukkan rawatan itu benar-benar berkesan dan bukan sekadar testimoni yang diragui kesahihannya.
Katanya di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013, pengamal perubatan tradisional harus berdaftar dan mereka akan diberi kursus etika perubatan.
"Di IKN sendiri ada rawatan seperti akupuntur dan herba tradisional Cina untuk merawat kesan sampingan yang mungkin timbul akibat rawatan kanser seperti loya-loya dan sebagainya," jelas Dr Jeyaindran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
JEYAINDRAN: Pesakit yang tidak berkemampuan seperti golongan B40, OKU dan warga emas, mereka boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.
Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.
Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.
Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).
Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.
Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.
Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.
Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya.