awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat

Bernama
Bernama
09/12/2024
08:00 MYT
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Mohd Nassuruddin berkata kerja-kerja awal sedang digerakkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. - Foto FB Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerja-kerja awal sedang digerakkan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
"Pagi ini, saya meninjau runtuhan jalan di Kampung Jerek, Gua Musang yang disebabkan hujan lebat baru-baru ini. Saya amat memahami kesukaran yang dihadapi penduduk setempat.
"Kerja ini melibatkan pembinaan jalan lencongan sementara, sebelum tindakan susulan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.
Beliau turut berharap supaya usaha baik pulih tersebut dipermudah demi kesejahteraan rakyat Kelantan.
Pada 1 Dis lepas, Bernama melaporkan pengguna jalan raya di Kampung Jerek, Gua Musang berdepan risiko keselamatan apabila jalan utama di situ merekah dan mendap.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#baik pulih jalan di Gua Musang
#Kerajaan Kelantan
#Mohd Nassuruddin Daud
#hujan lebat
#monsun timur laut
#Banjir 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan