awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu

Bernama
Bernama
17/07/2017
23:58 MYT
Kerajaan kerjasama dengan pengendali media sosial tutup akaun palsu
Kata beliau, beberapa bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak tersebut bagi membantu mereka memadamkan akaun palsu itu. -Gambar fail
Kerajaan bekerjasama dengan pengendali media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi memadamkan akaun palsu yang digunakan untuk tujuan negatif.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata beberapa bukti yang diperoleh telah dikemukakan kepada pihak tersebut bagi membantu mereka memadamkan akaun palsu itu.
"Ada antara akaun palsu ini menggunakan platform luar negara dan sehingga kini kita sudah melakukan perundingan dengan mereka, ada yang sudah diambil tindakan (menutup akaun palsu).
"Bagi akaun palsu yang dihos dalam negara, tiada masalah kita boleh padam terus," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di sini, Isnin malam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Sebelum ini, dari Januari hingga Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima aduan awam hampir 1,500 akaun palsu di platform media sosial yang digunakan untuk tujuan negatif termasuk penyebaran berita palsu dan serangan fitnah terhadap pemimpin negara.
Bagaimanapun Salleh tidak menjelaskan secara terperinci berapa jumlah akaun palsu yang sudah dikenakan tindakan kerana perkara itu masih dalam proses siasatan termasuk mendapatkan bahan bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun palsu
#media sosial
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan