awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Platform global iktiraf Gobind antara 100 pemimpin AI kerajaan terbaik di dunia
WEF 2026: Trump gugurkan ancaman tarif berkaitan Greenland selepas rundingan NATO
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif - PM Anwar

Bernama
Bernama
21/10/2025
15:30 MYT
Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif - PM Anwar
Anwar menyeru PKS agar tidak alpa kerana transformasi digital, AI dan automasi bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan utama yang akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan. - Gambar X@Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.
Beliau berkata langkah ini penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini.
"Ia juga bagi memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.
"Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya," kata beliau menerusi hantaran di laman sosial X, hari ini.
Berucap pada Persidangan GOTRADE 2025, saya menegaskan komitmen Kerajaan untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan. Langkah ini pic.twitter.com/7UPJfGOxod
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 21, 2025
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyeru PKS agar tidak alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan utama yang akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#laman sosial
#PKS
#keperluan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan