KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mengembangkan ekonomi digital, termasuk bertindak proaktif dan memenuhi keperluan pelabur dengan mewujudkan jalinan strategik antara inisiatif kerajaan dan pelaburan teknologi.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata sejajar kepentingan ekonomi digital dalam melonjakkan ekonomi negara, langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Malah, Malaysia juga bersedia sebagai peneraju digital di Asean, didorong oleh tenaga kerja muda dan mahir, ekosistem teknologi yang dinamik serta persekitaran kawal selia serba kondusif bagi pertumbuhan perniagaan.
"Bersandarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang mampan dan lokasi strategik sebagai nadi Asean, Malaysia menawarkan akses pasaran pengguna celik teknologi yang merangkumi lebih 400 juta pengguna digital di rantau ini.
"Dalam landskap digital masa kini yang pesat berkembang, lapangan global itu telah berubah dan menawarkan peluang baharu bagi tujuan inovasi serta pelaburan dalam teknologi baharu selain pembangunan penyelesaian bagi pasaran dengan pertumbuhan tinggi.
"Sudah semestinya Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk memanfaatkan peluang-peluang ini menerusi ekosistem, pekerja mahir dan persekitaran kawal selia yang menyokong," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada acara Tech Nexus 2024 di sini, hari ini.
Gobind turut berkongsi sasaran kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur antara 20 bandar raya global yang menawarkan ekosistem terbaik untuk perniagaan pemula niaga menerusi KL20, pelan tindakan sektor yang bakal dilancarkan tahun ini.
Malah, seiring dengan hasrat kerajaan MADANI, Kementerian Digital berhasrat memupuk ekosistem teknologi yang membolehkan kalangan penggiat berinovasi dan memacu penyelesaian transformatif untuk masyarakat.
Selain itu, beliau turut menekankan tiga inisiatif di bawah bidang kuasa kementerian untuk pelabur seperti kejelasan kawal selia melalui Rang Undang-Undang Jaminan yang membolehkan syarikat layak mendapat insentif, hak dan keistimewaan daripada kerajaan di bawah Malaysia Digital.
"Usaha lain adalah program visa khas seperti Pas Pekerja Berpengetahuan Asing dan Program DE Rantau (bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab pilihan nomad digital) dan Institusi Teknologi Digital Premier yang mewujudkan saluran bakat mahir dengan menyatukan penggiat utama dan institusi pengajian tinggi," katanya.
Mengulas acara Tech Nexus yang dianjurkan oleh Endeavor Malaysia, Gobind percaya sesi perbincangan dalam kalangan ahli panel dan teknokrat, mampu menghasilkan pandangan produktif mengenai inovasi baharu, cabaran serta peluang dalam bidang teknologi yang lebih mendalam.
Aspek itu juga, katanya, berkait rapat dengan dasar kerajaan serta persekitaran kawal selia selain membabitkan masa depan digital negara.
Acara Tech Nexus selama sehari itu bertujuan memupuk hubungan dan penerimagunaan inovasi dalam kalangan pengasas serta penggiat utama industri terbabit.
Platform itu turut diperluas kepada 42Geeks, organisasi berprestij yang menghimpunkan lebih 50 teknokrat dan pengasas terkemuka dari Amerika Syarikat, Filipina, Arab Saudi, Brazil, Jepun dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Gobind berkata, langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
PM Srettha lancar "Wawasan Thailand 2030"
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada Khamis melancarkan "Wawasan Thailand 2030" yang bermatlamat menjadikan Thailand sebagai hab perindustrian global dalam lapan sektor.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
Ekonomi digital tarik 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan RM225 bilion Malaysia
Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasa AI dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.
Negeri Sembilan bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas PRU15 - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinannya kini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital
Thailand berharap dapat menarik pelabur Jepun dan bakat digital terutamanya membabitkan pusat data dan 'cloud services'.
MY TouristPay, aplikasi transaksi e-pembayaran tanpa sempadan pertama dunia
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.