awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama pelaksanaan STSDS
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited sediakan penjagaan kesihatan kumpulan B40

Bernama
Bernama
13/11/2018
01:04 MYT
Kerajaan komited sediakan penjagaan kesihatan kumpulan B40
LEE: NCD utama adalah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kanser... apabila anda mempunyai lebih ramai penduduk yang berusia lanjut. - Gambar fail
Kerajaan komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan bagi kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang akan memberi tumpuan terhadap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) memandangkan Malaysia akan mencapai status negara tua pada 2040.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, NCD dijangka mewakili 73 peratus kematian dalam kalangan rakyat Malaysia ketika itu.
"NCD utama adalah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kanser...apabila anda mempunyai lebih ramai penduduk yang berusia lanjut," katanya pada sidang media selepas melancarkan Cambridge-Royal Papworth-Sunway Heart and Lung Symposium di sini pada Isnin.
Bukti komitmen kementerian bagi kumpulan B40 itu ialah pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) bernilai RM100 juta untuk 80,000 individu dalam kumpulan isi rumah B40 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sunway Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Sementara itu, Cheah berkata simposium dua hari bermula 12-13 Nov itu adalah platform untuk menyokong pertukaran pengetahuan secara meluas kalangan pengamal perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#Dr Lee Boon Chye
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#NCD
#non communicable diseases
#penyakit tidak berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan