awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan laksana simpanan stok ayam atasi kekurangan bekalan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/06/2022
10:12 MYT
Kerajaan laksana simpanan stok ayam atasi kekurangan bekalan
Kerajaan akan terus memastikan bekalan ayam di negara ini mencukupi dalam apa sahaja keadaan termasuk membuat simpanan stok ayam yang diimport dari pengeluar ayam luar negara. - Gambar fail
SEBERANG JAYA: Kerajaan akan terus memastikan bekalan ayam di negara ini mencukupi dalam apa sahaja keadaan termasuk membuat simpanan stok ayam yang diimport dari pengeluar ayam luar negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, setakat ini bekalan ayam dalam negara masih lagi stabil dan mencukupi, malah pengeluarannya melebihi 105 peratus.
Menurut beliau, bekalan ayam tahap sara diri (SSL) bagi negara kini sudah melebihi antara 104 hingga 105 peratus.
“Ini bermakna, keluaran kita sebanyak 64 juta metrik tan berbanding dengan keperluan kita 54 (juta metrik tan)… sepatutnya kita berlebihan ayam tapi kerana beberapa faktor tak dapat dielakkan pada ketika itu kita kekurangan, tapi sekarang telah kembali seperti biasa dan Insya-Allah (bekalan) ayam akan mencukupi,” kata Ahmad.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Penang FAMA Fest 2022 di tapak Parkir Pasaraya Lotus di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razalli dan Pengerusi Jawatankuasa Agro Teknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin.
Bagaimanapun, Ahmad berkata,sebagai langkah jangka panjang, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah mula mengimport ayam daripada pengeluar ayam.
Katanya, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui NAFAS telah diberi peranan utama untuk melaksanakan program stok penimbal ayam bagi tujuan menstabilkan keperluan bekalan ayam negara.
Bekalan ayam tersebut, jelas beliau, akan diagihkan mengikut keperluan pasaran semasa.
Ahmad berkata, harga jualan ayam juga akan diapungkan mengikut harga pasaran selepas pemberian subsidi kepada pihak industri berakhir bulan ini.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk menghentikan penyaluran RM700 juta subsidi untuk menstabilkan harga ayam dan telur kerana mendapati tidak mencapai hasrat seperti dikehendaki.
Beliau berkata, ketetapan itu dibuat berikutan terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan terus menaikkan harga barang.
Topic Berkaitan
#bekalan ayam
#stok ayam
#krisis ayam
#Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan