KUALA LUMPUR: Meskipun sepanjang tempoh 2023 pelbagai cerita rekaan dan mitos cuba dimainkan pihak tertentu termasuk kononnya Kerajaan Madani tidak akan stabil serta bergaduh sesama sendiri namun ia berjaya membuktikan mampu bersatu menjalankan tugas selain fokus dalam usaha membantu rakyat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata atas kekuatan serta kestabilan daripada kesepaduan itu, Kerajaan Madani berjaya merangka lima dasar yang cukup bersejarah untuk rakyat dan negara pada tahun ini.
Beliau berkata ia termasuk rangka Ekonomi Madani yang telah menaikkan ekonomi negara dan rakyat selain Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) yang berupaya menarik pelaburan serta meningkatkan peluang pekerjaan baharu bergaji tinggi dengan fokus ditumpukan kepada industri penting.
"Pada masa sama, kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam dan usaha ini dilakukan untuk meningkatkan lagi produktiviti penjawat awam. Selain itu, kerajaan berusaha meningkatkan gaji pekerja swasta seluruh Malaysia menerusi pengenalan Dasar Gaji Progresif.
"Pada 2023, kerajaan turut memperkenal Dasar Peralihan Tenaga berikutan terdapat keperluan mendesak untuk negara beralih ke sumber tenaga baharu," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi.
Di peringkat kementerian, Fahmi berkata beliau bersyukur kerana berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baharu termasuk menurunkan harga Internet selain membawa semua syarikat telekomunikasi ke meja rundingan yang membolehkan mereka bersetuju menawarkan perkhidmatan 5G.
"Selain itu, tempat yang selalu menghadapi masalah Internet seperti kampung Orang Asli serta kawasan pedalaman dapat menggunakan Starlink manakala gaji pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital di seluruh negara dinaikkan RM500 sebulan," katanya.
Beliau berkata pada 2023 juga, peluang pekerjaan baharu untuk anak muda dalam sektor ekonomi digital meningkat 23 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Fahmi juga berharap permulaan yang baik untuk Kerajaan Madani pada 2023 dapat diteruskan dan mendoakan agar tahun 2024 lebih baik buat semua.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam ucapan yang turut dimuat naik di laman Facebook pula berharap pada tahun baharu ini, segala impian dan cita-cita akan tercapai serta dipenuhi dengan hal-hal yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Fahmi berkata, di peringkat kementerian, beliau bersyukur berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif baharu termasuk menurunkan harga Internet selain membawa semua syarikat telekomunikasi ke meja rundingan. - Gambar fail/BERNAMA
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen minggu depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.