KOTA KINABALU: Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan diketuai beliau dengan kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Beliau berkata usaha juga perlu dilakukan termasuk membawa masuk lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksana bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di negeri ini.
"Kita mahu pacu pertumbuhan, kita mahu pelaburan datang, hotel-hotel kita penuh dengan pelancong...kita punya tanggungjawab moral miskin tegar harus dinoktahkan di seluruh negara kita termasuk di Sabah sendiri," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Hajiji.
Bernama
Sat Apr 20 2024
Anwar berkata usaha juga perlu dilakukan termasuk membawa masuk lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksana bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di negeri ini. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’ - PM Anwar
Anwar menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.
HAWANA 2024 menutup tirai dengan kejayaan baharu
Persidangan membicarakan 11 topik yang selari dengan temanya, Evolusi Media dalam Era Digital.
Ekonomi Islam perlu sejajar dengan Maqasid Syariah - PM Anwar
Anwar berkata ia juga harus diperluas kepada cabaran baharu industri antaranya sekuriti makanan, sektor digital, AI serta prinsip keadilan.
PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.