BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan yakin inisiatif antaranya menerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mampu menjana pendapatan komuniti terutama di luar bandar dan akan dapat menoktahkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata PEDi, yang pada mulanya menawarkan akses Internet secara kolektif di kawasan luar bandar terutama bagi golongan kurang berkemampuan, kini telah berevolusi sebagai pusat sehenti yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
"Setiap PEDi dilengkapi capaian Internet serta menawarkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan digital serta e-pembelajaran bagi manfaat komuniti setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan belia dan pelajar," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.
Beliau mengajak golongan belia untuk turut meneroka peluang lain yang tersedia meskipun ramai dalam kalangan anak muda berharap memperoleh pekerjaan berdasarkan bidang pengajian masing-masing.
"Apabila bercakap tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penekanan utama ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu melalui penguasaan kemahiran teknikal yang bersifat amali atau praktikal.
"Antara penguasaan bidang kemahiran TVET ialah pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan servis diagnostik kenderaan ringan, penyediaan dan pembuatan makanan serta rekaan grafik," katanya.
Justeru, Fahmi berkata pelajar TVET sebenarnya cukup bertuah kerana menguasai kemahiran teknikal yang bukan sahaja mampu diolah menjadi perniagaan dalam bentuk perkhidmatan dan produk malah ia akan membolehkan golongan belia sendiri menjadi majikan.
Beliau berkata melalui pelbagai latihan keusahawanan yang komprehensif dan galakan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan dalam talian, mereka berpeluang menjalankan operasi perniagaan dalam komuniti masing-masing tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Fahmi juga berkata liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang telah mencapai 99.88 peratus manakala peratusan liputan 5G mencatatkan 90.3 peratus.
"Menerusi projek JENDELA (Jalinan Digital Negara), 120 struktur pemancar baharu, 2,106 naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) dan 308,072 ketersediaan sambungan gentian optik (premis) telah berjaya disiapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Fahmi (kiri) berbual dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai Datuk Azhar Arshad (kanan) ketika menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit dan Kenduri Rakyat hari ini. - Gambar fail/Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Perlu ada ketelusan dalam pengurusan kutipan derma - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perlunya ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini.
Kerajaan Madani yakin capai pertumbuhan KDNK lebih kukuh 4-5 peratus pada 2024
Kerajaan Madani yakin mampu mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024.
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.
Menteri bukan Melayu dilibatkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera
Menteri-menteri bukan Melayu akan dilibatkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dijadual berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac depan.