awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
04/03/2024
07:22 MYT
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Mengambil contoh kenaikan cukai perkhidmatan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, kerajaan memberitahu cukai itu hanya ditujukan kepada golongan kaya namun dakwanya, rakyat biasa paling teruk terbeban. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Mengambil contoh kenaikan cukai perkhidmatan (SST), Ahli Parlimen Muar itu berkata, kerajaan memberitahu cukai itu hanya ditujukan kepada golongan kaya namun dakwanya, rakyat biasa paling teruk terbeban.
Tambahnya, kenaikan harga barangan keperluan di pasaran menyebabkan rakyat melabel tahun 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” di sebalik kerajaan berkata tahun 2024 adalah tahun “Kerajaan Madani”.
“Pada tahun 2024, di pihak kerajaan mereka panggil ini adalah tahun Kerajaan Madani. Apa akan jadi pada tahun 2024 ini?
“Low Value Good Tax akan naik. High Value Good Tax akan naik. SST akan naik. Harga diesel akan naik, harga petrol akan naik. Bil elektrik dan air akan naik.
“Ringgit terus merudum dan lemah. Keperluan, barangan asas, kita terus bergantung kepada negara luar. Bil import menaik dengan mendadak.
“Sebab itu, mungkin kerajaan kata tidak mengapa, tahun 2024, kerajaan kata Madani tapi rakyat kata sebaliknya.
“Rakyat di luar sana tak panggil tahun 2024 sebagai Tahun Madani, mereka panggil Tahun 2024 sebagai Tahun Mahal Dah Ni,” katanya.
Tahun 2024 tahun 'Mahal Dah Ni' - Syed Saddiq
Beliau berkata demikian ketika Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dan Perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Kerajaan Madani
#Mahal Dah Ni
#cukai perkhidmatan
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan