awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi

Bernama
Bernama
16/09/2024
21:45 MYT
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Fahmi berucap ketika sesi bersama menteri pada Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah dan Labuan sempena sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu semalam. -- fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kerajaan MADANI komited memastikan rakyat Malaysia menikmati Internet berkelajuan tinggi 5G.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak manakala tahap liputan kini 81.9 peratus di kawasan berpenduduk.
"Liputan 5G di kawasan berpenduduk di Sabah adalah 68.9 peratus manakala di Sarawak pula 62.5 peratus... saya amat gembira dengan pembangunan telekomunikasi di negara ini untuk kepentingan rakyat kita," katanya dalam video ucapan pada Sambutan Hari Malaysia 2024 Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka di sini malam tadi.
Sambutan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.
Fahmi, yang juga Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024, berkata beliau menghargai sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi semua pihak yang menjayakan sambutan Hari Malaysia terutama Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah.
"Marilah kita bersama-sama menjiwai semangat cinta akan negara dengan memperkukuh jati diri masing-masing sebagai dukungan ke arah Malaysia lebih hebat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#internet berkelajuan tinggi
#5G
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan