Setakat Februari ini, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM280.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, menurut Kementerian Pengangkutan.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Ia menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pencarian MH370 serta jumlah yang dibelanjakan sehingga kini bagi operasi pencarian pesawat malang itu.
BACA: Serpihan di Mozambique hampir pasti milik MH370 - Liow
BACA: MH370: Mesyuarat khas libat tiga negara dalam masa terdekat - Jailani
BACA: Keyakinan pelancong China ke M'sia kembali pulih selepas dua tahun insiden MH370 - MITA
Pesawat MAS itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.
Menjawab soalan Liang mengenai siasatan nahas pesawat MH17 serta usaha terkini kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap dalang yang menembak jatuh pesawat itu, kementerian itu menjelaskan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
"Siasatan dijangka berterusan sehingga pertengahan 2016. Usaha untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 adalah bergantung kepada hasil siasatan tersebut," menurutnya.
Menurut kementerian, Malaysia bersama-sama negara yang diwakili dalam JIT sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan iaitu pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT dan pendakwaan oleh suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.
"Bagi maksud keputusan antara kedua-dua opsyen itu, hasil siasatan jenayah perlu diperoleh terlebih dahulu kerana ia akan menjelaskan tempat pemastautin orang yang disyaki, kewarganegaraan dan tempat terbaik untuk mereka dibicarakan.
"Sebarang opsyen pendakwaan dan perbicaraan akan diputuskan kelak serta keupayaan memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh adalah tertakluk kepada adanya keterangan mencukupi yang boleh diterima mahkamah," katanya.
Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban.
Bernama
Mon Mar 28 2016
Dewan turut dimaklumkan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.
MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.
Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.
Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.
Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).