awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Borneo utamakan penambahbaikan sistem - Lee
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Melaka laksana program HEBAT santuni masalah rakyat - Ab Rauf

Bernama
Bernama
07/08/2025
15:00 MYT
Kerajaan Melaka laksana program HEBAT santuni masalah rakyat - Ab Rauf
Ab Rauf berkata HEBAT berbeza dengan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan kerajaan negeri ketika ini membabitkan kesemua 28 DUN. - Gambar facebook Ab Rauf
MELAKA: Kerajaan Melaka akan melaksanakan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersama Rakyat (HEBAT) bagi menyantuni masalah rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata menerusi program berkenaan, rakyat yang mempunyai sebarang masalah boleh berjumpa secara terus dengan Exco berkaitan bagi menyuarakan aduan mereka.
"Di samping kita mendengar rintihan dan keluhan rakyat, kita juga menyediakan pelbagai kemudahan daripada agensi kerajaan seperti kaunter bayaran cukai tanah.
"Program HEBAT ini akan dilaksanakan bermula 9 pagi hingga 4 petang setiap dua bulan sekali," katanya kepada pemberita pada program berkenaan yang diadakan pertama kali di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Ab Rauf berkata HEBAT berbeza dengan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dilaksanakan kerajaan negeri ketika ini membabitkan kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata WRUR lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah di sesebuah lokaliti membabitkan penambahbaikan infrastruktur dan permohonan bantuan kebajikan.
"Menerusi WRUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu sendiri berfungsi sebagai wakil kepada rakyat dan disokong oleh kerajaan negeri dan portfolio-portfolio Exco.
"HEBAT pula menerima aduan rakyat daripada seluruh negeri dan Exco berkaitan akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin permasalahan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kebajikan
#cukai tanah
#hebat
#masalah rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan