Kerajaan negeri di Semenanjung diminta mempercepatkan dan memuktamadkan proses penadaan dan pengukuran sempadan negeri masing-masing, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar.
Jelas beliau, ini adalah bagi memastikan segala tuntutan terhadap pertindihan kawasan dapat dielakkan pada masa akan datang, terutamanya di kawasan sempadan maritim, di mana terdapat kemungkinan sumber minyak dan gas baharu.
“Sampai sekarang tak ada penyelesaian sempadan maritim. Jadi kita minta negeri untuk mempercepatkan persetujuan, selepas JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan) buat ukuran di kawasan maritim ini untuk diadakan ketentuan, kawasan ini masuk ke dalam negeri mana.
“Sebagai contoh, Kelantan dan Terengganu yang mana kita tahu kepentingan mereka adalah minyak dan gas. Sebab itu sempadan maritim ini perlu dipercepatkan proses dan ditentukan dua negeri ini dengan MoU (perjanjian persefahaman), kalaulah ada kawasan baru kita dapati ada gas dan minyak, maka mereka boleh tentukan ia milik siapa,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ke-74 Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di bangunan Parlimen, hari ini.
Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan wakil, serta pegawai kanan kerajaan lain.
Terdahulu, Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat kali ini telah membentangkan kertas Status Pelaksanaan Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan (Darat dan Maritim), serta Status Memorandum Persefahaman Hasrat Penandaan dan Pengukuran dan Perjanjian Sempadan di antara Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
“Kita berhasrat supaya Kerajaan-kerajaan Negeri mengambil maklum (pembentangan ini) dan seterusnya mengambil tindakan untuk memuktamadkan sempadan masing-masing.
“JUPEM telah menjalankan kerja-kerja penandaan sempadan darat antara negeri-negeri berjumlah 19 sektor, di mana empat daripadanya telah selesai sepenuhnya; empat sektor lagi telah siap ditanda dan diukur; dua lagi sedang dalam proses; dan sembilan lagi dalam peringkat menandatangan MoU,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya kesemua 19 sektor ini dapat dimuktamadkan, proses seterusnya ialah penandaan sempadan maritim.
“Sempadan maritim ini penting kerana terdapat banyak kerja tambakan laut seperti di Johor, Melaka, dan Pulau Pinang yang akan memberi kesan kepada sempadan negeri dan negara,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Dec 03 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) mempengerusikan Mesyuarat ke-74 Majlis Tanah Negara (MTN) di Bangunan Utama Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan negeri di Semenanjung diminta percepatkan pengukuran sempadan
Kerajaan negeri di Semenanjung diminta mempercepatkan dan memuktamadkan proses penadaan dan pengukuran sempadan negeri masing-masing, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar.
Kumpulan 26 orang terkandas di puncak Gunung Gagau dilaporkan selamat
Kesemua 26 orang yang terkandas di puncak Gunung Gagau, Kuala Berang, dilaporkan dalam keadaan selamat.