Kerajaan negeri Johor akan melaksanakan audit forensik ke atas semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) miliknya dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca keberhutangan sesetengah syarikat dan pertindihan dalam perniagaan.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata buat permulaan, audit itu mungkin dilaksanakan terhadap dua atau tiga syarikat dengan satu daripadanya adalah YPJ Holdings.
Katanya, hasrat untuk melakukan audit itu sudah dimaklumkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan semua Ketua Pegawai Eksekutif GLC berkenaan.
"Kita (kerajaan negeri) nak tahu mengapa ada perkara seperti pertindihan perniagaan dan kerjasama. Kita hendak selaraskan.
"Saya ambil contoh. Kita ada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) tetapi kita pinjam dan sewa bas dengan syarikat lain sedangkan pemaju dari Johor Corporation (JCorp) ada.
"Begitu juga dengan projek JBiotech. Kita ada ladang YPJ dan JCorp tetapi kita tidak boleh bekerjasama dan apabila masuk bab tender, semua menghantar tender (masing-masing). Ini berlawanan sesama sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) peringkat negeri Johor di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), malam ini.
Ditanya sama ada pihaknya akan melantik firma luar untuk melakukan audit, Osman berkata, memang itu akan dilakukan kerana 'kalau ambil dalaman (pihak dalaman), dia boleh ubah angka.'
Mengenai JCorp yang dikatakan mempunyai hutang sebanyak RM3.1 bilion, Osman berkata, pihaknya mengetahui secara mendalam punca sebenar hutang berkenaan.
"Ikutkan apa yang dia (JCorp) janji dengan kita, dia akan selesaikan hutang itu dalam tahun 2022. Jadi kita tengok dululah (sama ada turut buat audit forensik) tetapi kita nak juga mengetahui sejauh manakah hutang dia (JCorp) sehingga begitu banyak.
"Kita tahu cuma secara kasar," tambah beliau yang juga Pengerusi JCorp.
Terdahulu, dalam ucapan di konvensyen itu, Osman mendedahkan, JCorp mempunyai hutang sebanyak RM3.1 bilion menyebabkan kerajaan negeri perlu memikirkan cara untuk memperkukuhkan kembali organisasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
OSMAN: Kita (kerajaan negeri) nak tahu mengapa ada perkara seperti pertindihan perniagaan dan kerjasama. -Gambar fail
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Salah guna dana, Anwar gesa audit forensik 3 organisasi bertanggungjawab bangun masyarakat India
Anwar menggesa audit forensik dilakukan ke atas tiga organisasi bertanggungjawab dalam pembangunan kaum India yang didakwa menyalah guna dana kerajaan bagi pembangunan masyarakat itu.
Penyelewengan dana: Masyarakat India perlu desak tubuh suruhanjaya
Tegasnya, mereka harus berani mendesak kerajaan adakan audit forensik terhadap penyelewengan dana melibatkan Mitra, Maika, MIED.
Bukti penyelewengan LCS dikumpul seawal 2010 - Laporan audit
Bukti penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program kapal tempur pesisir (LCS) telah dikumpulkan seawal 2010 lagi.
Laporan audit forensik LCS: PAC cadang kerajaan laksana beberapa ketetapan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan telah menerima laporan audit forensik berkaitan Review of the LCS Programme yang telah dinyahklasifikasikan.
Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar
Jumlah pengeluaran bahan mentah itu akan diperiksa dan dianalisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak.
Harap laporan audit forensik MAPS dibentang minggu depan
Laporan audit forensik Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru wajar dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kali ini.
Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.
Percepatkan audit forensik Pemilihan PKR - Anwar Ibrahim
Permintaan itu dibuat bagi membolehkan PKR mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.
Sembilan syarikat disenarai hitam terlibat penyelewengan AP kenderaan
Kementerian ini sejak 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala, bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan.