Kerajaan negeri akan berjumpa dengan agensi kerajaan yang ditegur atas kelemahan dari segi pengurusan dan kawal selia dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua yang dikeluarkan pada Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata perjumpaan itu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada agensi yang terlibat.
"Kita akui memang terdapat kelemahan dalam agensi yang terbabit dan antara masalah yang timbul ialah apabila berlakunya peralihan sesebuah kepimpinan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyebabkan berlaku kekosongan hingga menyebabkan terjadinya kecuaian.
"Saya telah menggesa semua kepimpinan PBT untuk sentiasa peka dengan tempoh masa yang diberikan dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu tugas kerana ini perlu bagi menjaga integriti agensi mereka," katanya selepas merasmikan program Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) 5 Brigade Kidstatic Celebration di sini, pada Selasa.
Katanya, di Kedah terdapat 12 PBT yang mana ada di antaranya menunjukkan prestasi memberangsangkan serta cemerlang hingga membolehkan mereka memperoleh anugerah dan ada yang sebaliknya.
Badrol Hisham berkata pegawai-pegawai PBT juga perlu menyuarakan pendapat dan pandangan sekiranya merasakan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak atasan bagi memastikan keseluruhan agensi tidak terjejas.
"Semua pihak dalam PBT perlu memainkan peranan kerana jika ada berlaku kesalahan, ia boleh menyebabkan keseluruhan agensi terkena tempiasnya.
"Saya juga rasa pegawai-pegawai PBT ini perlu diberi peluang untuk berkhidmat di luar kawasan mereka bagi memupuk suasana kerja yang baharu dalam membantu meningkatkan perkhidmatan dalam agensi terbabit," katanya.
Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti oleh tiga jabatan dan agensi kerajaan negeri Kedah dari segi pengurusan dan kawal selia.
Pengauditan itu dilaksanakan terhadap Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 Siri Dua mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti oleh tiga jabatan dan agensi kerajaan negeri Kedah dari segi pengurusan dan kawal selia.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Kerajaan negeri jumpa agensi ditegur laporan Ketua Audit Negara
Kerajaan negeri akan berjumpa dengan agensi kerajaan yang ditegur atas kelemahan dari segi pengurusan dan kawal selia.
KFA mohon maaf kepada peminat Hijau Kuning berhubung isu tiket
Badrol Hisham Hashim mengakui, kejadian itu tidak dapat dielakkan berikutan jumlah tiket yang ditetapkan kepada Kedah tidak mencukupi untuk menampung jumlah penyokong yang terlalu ramai.
Kedah: Tidak akan sesekali berkompromi dalam hal pembalakan
Kerajaan negeri Kedah menafikan wujudnya aktiviti pembalakan haram di kawasan tadahan air di hutan simpan kekal Ulu Muda, Sik, yang didakwa telah menyebabkan ancaman kepada bekalan air.