awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci kereta kabel dikemukakan segera

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/02/2018
09:28 MYT
Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci kereta kabel dikemukakan segera
Kerajaan negeri memandang serius insiden yang berlaku kerana ia melibatkan keselamatan kawasan pelancongan Langkawi. - Foto fail Bernama
Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali sistem kereta kabel Langkawi SkyCab digesa mengemukakan laporan siasatan berhubung insiden kegagalan sistem kereta kabel dengan segera kepada kerajaan negeri.
Tegas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, walaupun pihak syarikat pengendali telah menyatakan punca awal berlakunya kemalangan itu, mereka perlu menyiapkan laporan lengkap mengenai insiden tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius insiden yang berlaku kerana ia melibatkan keselamatan kawasan pelancongan Langkawi.
“Ini soal keselamatan, jadi semua pihak lah saya ingat termasuk kerajaan negeri kita memang serius dalam soal ini. Lebih lebih lagi kereta kabel ini adalah merupakan produk pelancongan yang amat popular di Langkawi.
“Saya harap satu laporan yang lengkap dapat dihantar oleh pihak pengurusan kepada kerajaan negeri dengan segera,” katanya.
Laporan terperinci terutama melibatkan bahagian kabel perlu diperkemaskan bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang pada masa depan.
Berdasarkan kiraan terakhir, sebanyak 1,048 pelancong dan 78 kakitangan syarikat kereta kabel terkandas kira-kira tujuh jam sebelum berjaya diselamatkan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah malam tadi.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada jam 5.48 petang (semalam) telah menjejaskan sistem kereta kabel yang terburuk pernah berlaku sejak ia mula diperkenalkan sebagai produk pelancongan Langkawi pada 2002.
Topic Berkaitan
#kereta kabel
#Langkawi
#langkawi skycab
#laporan lengkap
#panorama langkawi
#SkyCab
#Tajul Urus Mat Zain
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan