awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari

Bernama
Bernama
11/03/2022
07:18 MYT
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Gambar fail
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN), yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 Nov lepas, berjaya menunaikan 58 inisiatif aku janji 100 hari pentadbiran parti itu.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia sekali gus menunjukkan aku janji bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran itu dilunaskan pada tempoh tersebut dengan kadar 100 peratus.
"Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan kelima-lima teras. Ada inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan dan ada yang telah diluluskan secara dasar dan akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana.
"Kejayaan pentadbiran kerajaan negeri melaksanakan inisiatif ini membuktikan betapa kami serius dan komited untuk melunaskan aku janji tawaran 100 hari yang ditawarkan kepada rakyat sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 Versi 2 di Auditorium Seri Negeri di sini, hari ini.
Hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari.
Lima teras yang terkandung di dalam aku janji tersebut adalah Kestabilan Politik, Lonjakan Ekonomi Baharu, Kecekapan Tadbir Urus, Masyarakat Bersatu Padu dan Pembangunan Mapan dan Perkongsian Kemakmuran.
Antara 58 inisiatif yang berjaya dilaksanakan termasuklah peruntukan Bajet 2022 sebanyak RM100,000 setahun untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerajaan, memperbanyak tempat berniaga dengan infrastruktur asas yang lengkap, mewujudkan insentif sara hidup kepada nelayan, petani dan penternak.
Selain itu, memperluas Digital Melaka, memperkasa tadbir urus yang bersih dan telus, mewujudkan pusat kegiatan belia untuk berkarya dan melakukan aktiviti kesenian, memastikan kawasan penempatan dan kawasan rayau bagi masyarakat Orang Asli terus dipelihara dan menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan luar bandar kepada golongan memerlukan.
Pada PRN Melaka 20 Nov lalu, BN menang dengan majoriti dua pertiga selepas mendapat 21 kerusi berbanding Pakatan Harapan (lima kerusi) dan Perikatan Nasional (dua kerusi). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan melaka
#aku janji 100 hari
#PRN Melaka
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan