awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang hantar bantuan banjir kedua ke Parit Sulong

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
09/03/2023
09:12 MYT
Kerajaan Pahang hantar bantuan banjir kedua ke Parit Sulong
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menunjukkan barangan keperluan sempena Misi Bantuan Kemanusiaan Prihatin Ke Parlimen Parit Sulong, Johor di Kuantan pada Khamis. - Foto/FB Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN: Kerajaan Pahang sekali lagi menghantar bantuan banjir sempena Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Parlimen Parit Sulong, Johor bagi membantu mangsa banjir di daerah tersebut.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghantaran bantuan ke Parit Sulong yang dilaksanakan hari ini (Khamis) melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM50,375.
"Sebelum ini penghantaran bantuan sama telah dihantar ke Johor pada 4 Mac lalu melibatkan pelbagai bentuk barangan keperluan asas bernilai RM70,535.
"Saya berharap semoga dengan penghantaran ini dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir di Parit Sulong," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pasukan sukarelawan yang turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut selain berharap agar anggota sukarelawan dapat menjaga keselamatan diri ketika bertugas.
Untuk rekod setakat jam 8 pagi ini, seramai 45,048 mangsa banjir daripada 12,746 keluarga yang ditempatkan 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas sekitar negeri Johor.
Jumlah itu meningkat berbanding 42,851 orang daripada 12,083 keluarga yang ditempatkan di 186 PPS pada jam 8 malam tadi.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Parit Sulong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan