awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup - Anwar

Bernama
Bernama
20/09/2024
14:14 MYT
Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup - Anwar
Anwar ketika menerima kunjungan daripada KSS diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan beriltizam untuk memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata iltizam itu dinyatakan ketika beliau menerima kunjungan daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu hari ini.
"KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.
"Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau.
Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#perpaduan
#Sabah dan Sarawak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan