PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) iaitu program insentif khusus untuk menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di premis kediaman di bawah program Net Energy Metering (NEM).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemasangan sistem solar PV di premis kediaman oleh pengguna domestik merupakan langkah 'quick wins' bagi membolehkan ruang bumbung bangunan dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).
"Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluaskan bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangkan perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelancaran SolaRIS dijangka akan meningkatkan penerapan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah program NEM, dengan ketetapan pemberian rebat berjumlah RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 kepada pengguna baharu NEM Rakyat yang mengemukakan permohonan NEM kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada dan selepas 1 April 2024.
Skim itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan had tuntutan sekali bagi setiap seorang yang merupakan pemegang akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan juga terbuka kepada mereka yang merupakan pemohon kali pertama bagi program NEM.
Pemberian rebat adalah berdasarkan prinsip 'first come first served' bagi kuota NEM Rakyat yang dimohon bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Selain itu beliau berkata pembayaran rebat hanya akan dibuat selepas pemasangan serta pengoperasian sistem solar PV di bawah program NEM Rakyat, atas nama pemegang bil dan akan didepositkan ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan.
Pemberian insentif itu akan dikendalikan oleh TNB dan perincian program berkenaan boleh didapati di laman sesawang TNB, SEDA Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga.
Fadillah berkata bagi memperluaskan penglibatan rakyat dalam penjanaan TBB, kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan kuota tambahan 100 megawatt (MW) di bawah Program NEM Rakyat, menjadikan jumlah kuota yang diperuntukkan meningkat kepada 350MW.
Permohonan kuota untuk Program NEM Rakyat dibuka sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kesemua kuota yang diperuntukkan habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Dengan ketetapan itu Fadillah berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yakin SolaRIS mampu menarik lebih ramai pengguna domestik untuk menyertai dan menikmati manfaat daripada pemasangan sistem solar di premis kediaman, seterusnya menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga serta sasaran neutral karbon negara menjelang 2050.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Fadillah berkata pemasangan sistem solar PV di premis kediaman oleh pengguna domestik merupakan langkah 'quick wins' bagi membolehkan ruang bumbung bangunan dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB). - Gambar fail
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.