awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu dedah tindakan tangani skandal LCS kepada umum

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2022
03:02 MYT
Kerajaan perlu dedah tindakan tangani skandal LCS kepada umum
Shafie berkata, perkara itu penting memandangkan ia melibatkan jumlah kewangan negara yang besar selain sudah dikeluarkan oleh PAC.
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendedahkan kepada umum mengenai tindakan menangani skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS).
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu penting memandangkan ia melibatkan jumlah kewangan negara yang besar selain sudah dikeluarkan oleh PAC.
"Hal ini (LCS) sudah menjadi pengetahuan umum dan tidak sepatutnya laporan PAC itu diragui.
"Kita kena tahu, mengatasi dan ambil tindakan tertentu untuk memastikan bukan hanya ia dapat diatasi tetapi perkara sama tidak akan berulang di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada warganet dalam satu temubual di Facebook miliknya yang ingin tahu adakah isu berkaitan LCS patut dibahaskan secara umum.
Dalam perkembangan lain, Shafie menjelaskan beliau menyokong pembentangan Rang Undang-Undang Antilompat Parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam waktu terdekat.
Beliau yang juga Presiden Warisan berkata, RUU itu penting dalam kesinambungan undang-undang Persekutuan dan negeri.
Malah beliau memberi jaminan, seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu akan memberi sokongan sepenuhnya kepada pelaksanaan RUU tersebut.
"Saya juga pasti rakan-rakan daripada DAP, PKR, Bersatu, Star dan PBS akan menyokong RUU ini jika dibentang di DUN Sabah kerana di peringkat Parlimen mereka sudah menyokongnya.
"Itulah harapan saya agar RUU ini dapat dibentangkan dalam waktu segera," katanya.
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#Kapal Tempur Pesisir
#LCS
#pengetahuan umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan