Kerajaan perlu hubungan komunikasi mantap untuk menjelaskan isu semasa kepada rakyat agar tidak disalah tafsir dan difahami semua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, niat murni Kerajaan dalam membuat keputusan mengenai negara harus diberi pertimbangan untuk kejayaan di kemudian hari.

"‎Dalam dunia kompleks ini kebanyakannya pertimbangan yang harus kita lihat pertimbangan lebih kepada kejayaan kemudian hari‎

"Kita boleh jika hendak belanjakan kemampuan kewangan kita hari ini atau naikkan harga barang sekarang untuk‎ masa depan yang lebih kukuh dan mantap.

"‎Keperluan kerajaan adalah komunikasi, kalau tujuan murni tetapi komunikasi kita tidak difahami dan dihayati itu tidak akan diterima rakyat," katanya semasa berucap semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada barisan Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini.

Sebanyak 83 Felo Perdana dari 50 universiti dalam dan luar negara terpilih untuk mengikuti program internship yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan.‎

Program ini memberi fokus kepada golongan belia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk memperkukuh rangkaian pemimpin muda yang menyokong agenda kerajaan.