Hampir 4,000 rakyat Malaysia di luar negara yang akan dibawa pulang dalam masa terdekat perlu disaring dengan terperinci termasuk ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari bagi memastikan bebas COVID-19.
Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik, Kuala Lumpur, Prof Datuk Awang Bulgiba Awang Mahmud, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, saringan asas dengan mengambil suhu badan sahaja bukan kaedah terbaik.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan perlu mengambil sampel menggunakan kaedah swab di kerongkong, hidung dan pemeriksaan darah.
"Langkah mengkuarantin mereka di satu lokasi khas selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah juga penting," katanya di sini pada Selasa.
Awang Bulgiba yang juga pakar epidemiologi berkata, saringan teliti itu adalah bagi memastikan mereka tidak membawa penyakit itu dan menjangkiti lebih ramai orang termasuk ahli keluarga di negara ini.
Pada masa yang sama, beliau juga meminta syarikat penerbangan yang membawa mereka pulang supaya meneruskan amalan nyah cemar pesawat bagi meskipun tiada laporan penumpang yang mengalami gejala atau didapati positif COVID-19.
"Perkara ini bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan tidak ada gelombang yang seterusnya dalam penularan pandemik itu," jelasnya.
Jumaat lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar memberitahu, kira-kira 3,468 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di 61 buah negara.
BACA: 3,468 rakyat Malaysia masih terkandas di 61 negara
Beliau juga menjangkakan bilangan itu akan meningkat memandangkan masih ada rakyat Malaysia yang akan mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Chennai.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 31 2020

Awang Bulgiba memint rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin terlebih dahulu.
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

COVID-19: Kita belum sedia hadapi PRU15 - Pakar epidemiologi
Beliau berpendapat, rakyat mungkin berasa takut, terutamanya ketika penularan COVID-19, dan berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.

PRK Slim: Utamakan ketelitian aspek kesihatan, kebersihan
Langkah berjaga-jaga masih perlu diambil bagi memastikan risiko jangkitan dan penularan COVID-19 dapat diminimumkan.

Jangan tergesa-gesa longgarkan PKP, banyak kriteria perlu dipertimbang
Beberapa pendekatan boleh diambil seperti proses penyaringan dan menghadkan pergerakan pekerja di zon berlainan, namun tiudak boleh terlalu bergantung kepadanya.

Kerajaan perlu saring teliti rakyat Malaysia yang dibawa pulang - Awang Bulgiba
Kerajaan disaran untuk melakukan saringan terperinci ke atas kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di luar negara yang akan dibawa pulang dalam masa terdekat.