awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan akan bersihkan negara daripada keterlanjuran 'perompak' - PM Anwar

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
11/03/2023
04:37 MYT
Kerajaan Perpaduan akan bersihkan negara daripada keterlanjuran 'perompak' - PM Anwar
Anwar Ibrahim (tiga,kiri) menyiram anak pokok pada majlis perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2023 Peringkat Kebangsaan di Laman Sejahtera Taman Dr Seenivasagam, Ipoh, hari ini. Turut sama Nga Kor Ming (dua, kiri). - Gambar BERNAMA
IPOH: Kerajaan Perpaduan ketika ini sentiasa serius dalam menangani isu ketirisan dan penyelewengan dana awam yang bertujuan untuk memperkayakan segelintir pihak, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, beliau memberi jaminan bahawa pihak yang menggondol hak dan dana rakyat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Saya hendak pastikan hal itu tidak berlaku dan berilah kesempatan kepada Kerajaan Perpaduan ini untuk melaksanakan program bagi membersihkan negara daripada segala keterlanjuran ‘perompak-perompak besar’.
“Dan juga (demi usaha) kita dalam memberi penumpuan sepenuhnya kepada langkah dalam memelihara segala kepentingan rakyat. Saya tak peduli apa yang disebut ditomahkan di luar ataupun dianggap ini satu tindakan politik.
“Percayalah, kawan-kawan saya dalam Jemaah Menteri ,Timbalan-Timbalan Menteri dan semua anggota pentadbiran kerajaan tahu bahawa kita serius untuk bangkitkan soal ini dan pastikan ada perubahan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN 2023) di Taman D.R. Seenivasagam, dekat sini, pada Sabtu.
Antara hadir sama, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching.
Dalam pada itu Anwar berkata usaha menangani perkara berkenaan dapat dijayakan sekiranya semua jentera kerajaan dan rakyat dapat bersama-sama ke arah itu.
“Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita, memberkatikan usaha kita dan jadikan Malaysia ini sebagai contoh.
“Ia di mana negara yang majoriti Melayu dan Islam akan tetapi dapat memelihara kepentingan semua kaum, sebagai negara yang aman, berdaulat dan dapat mamacu pertubuhan yang membanggakan,” katanya lagi.
Bertemakan ‘Landskap Berkualiti Malaysia Madani’ penganjuran HLN 2023 turut dimeriahkan dengan penglibatan 31 pameran landskap dan 14 laman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.
Penganjurannya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap selain menyebarluas kepentingan landskap melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.
Pantau Kerajaan Baharu di sini
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#PM10
#keterlanjuran perompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan