awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
16/05/2023
02:00 MYT
Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK
Omar berkata Kerajaan Perpaduan ialah terjemahan kepada apa yang bapa-bapa kita dahulu impikan sewaktu mencapai kemerdekaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya dan telah berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Omar Mokhtar berkata menerusi Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan menunjukkan dukungan rakyat.
“Apa yang kita lihat hari ini dalam Kerajaan Perpaduan ialah terjemahan kepada apa yang bapa-bapa kita dahulu impikan sewaktu mencapai kemerdekaan. Apa yang kita banggakan ialah kemajmukan Sabah, Sarawak, Melayu, Cina dan India.
“Itu wajah sebenar Malaysia. Itu ialah aset kita sejak sekian lama, tetapi kebelakangan ini orang terlalu ghairah untuk mencetuskan sesuatu, merosakkan wajah sebenar Malaysia yang kita bina puluhan tahun,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Omar Mokhtar berkata Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya. #AgendaAWANI #AWANInews pic.twitter.com/4C6JF16H6v
— Astro AWANI (@501Awani) May 15, 2023
Oleh sebab itu, Omar berpendirian tindakan pihak-pihak yang cuba bermain api perkauman dengan mempertikai komposisi pentadbiran negara sebagai cenderung kepada sesuatu kaum sahaja adalah tidak wajar.
Bahkan, beliau menyifatkan budaya politik sedemikian sebagai toksik. Sekiranya ia tidak dihentikan, boleh membarah dalam landskap politik dan hidup kemasyarakatan negara.
“Kita telah puluhan tahun merdeka, tetapi kita terpaksa menginjak kebelakang untuk kita menyelesaikan isu-isu perpaduan yang sepatutnya kita sudah bergerak jauh kehadapan. Kita terperangkap dalam hal-hal itu, kalau kita biarkan itu terus berlaku kita akan rugi,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Kerajaan Perpaduan
#Merdeka
#Malaysia Madani
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan