KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan di Facebook hari ini berkata beberapa saranan yang diberikan Bersih adalah dalam perhatian kerajaan.
"Terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan," katanya.
Anwar hari ini menerima memorandum daripada pimpinan Bersih yang diketuai Mohammad Faisal Abdul Aziz di Putrajaya.
Perdana Menteri berkata dialog serta ruang bertukar pandangan adalah penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil dan cabaran dihadapi kerajaan khususnya dalam isu yang dikemukakan dalam memorandum berkenaan.
"Pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan masyarakat sivil seperti Bersih diharap meningkatkan lagi sinergi masyarakat sivil dengan kerajaan dalam proses demokrasi negara," katanya.
Selain itu, Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Bersih, beliau menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Anwar hari ini menerima memorandum daripada pimpinan Bersih yang diketuai Mohammad Faisal Abdul Aziz di Putrajaya. - Foto FB Anwar Ibrahim
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).