awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan akan muktamadkan butiran projek Pusat Kanser Sarawak - Dr Sim

Bernama
Bernama
09/10/2025
14:30 MYT
Kerajaan Persekutuan akan muktamadkan butiran projek Pusat Kanser Sarawak - Dr Sim
Dr Sim berkata, penilaian itu akan menentukan tarikh permulaan projek, kapasiti katil serta jumlah kos pembangunan keseluruhan. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memuktamadkan butiran berkaitan projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak yang masih dalam peringkat cadangan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang melaksanakan makmal penilaian bagi meneliti aspek pelaksanaan projek berkenaan.
Dr Sim berkata, penilaian itu akan menentukan tarikh permulaan projek, kapasiti katil serta jumlah kos pembangunan keseluruhan.
"Mereka akan memuktamadkannya, walaupun sebelum ini kita (Kerajaan Sarawak) telah mencadangkan pusat itu mempunyai 300 katil. Namun, perkara itu turut bergantung kepada MOF kerana kos operasi tahunan adalah di bawah tanggungjawab kementerian berkenaan.
"Kos pembinaannya tidak terlalu tinggi, tetapi kos operasi tahunannya amat besar kerana pusat ini bukan sekadar klinik, ia merupakan sebuah pusat rawatan kanser," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Blockchain Borneo di sini hari ini.
Pada 30 Mac tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Bahagian Samarahan.
Menurut Anwar, melalui projek itu, kerajaan Sarawak mencipta sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang mendahulukan dana bagi projek Persekutuan bagi mempercepatkan pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Pusat Kanser Sarawak
#kos pembangunan
#Jabatan Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami